Rumah

REKODER

3 Komen

KEDUDUKAN JARI

Tangan Kiri

  • Ibu Jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
  • Jari Telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
  • Jari Hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
  • Jari Manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

Tangan Kanan

  •  Jari Telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
  • Jari Hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
  • Jari Manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
  • Jari Kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
  • Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah unuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

 

TEKNIK BERMAIN REKODER

Teknik permainan rekorder yang betul perlu diamalkan.

Postur :

  • Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
  • Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan
  • Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.

Cara memegang rekoder :

  • Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian atas badan rekoder dan jari tangan kanan pada bahagian bawah badan rekoder.
  • Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari kanan.

Etika Dalam Latihan Muzik

Tinggalkan komen

Kepentingan Etika

Tujuan utama latihan muzik secara induvidu ialah meningkatkan kemahiran bermain alat muzik. Ia boleh dibuat melalui pembacaan notasi atau skor muzik. Latihan dalam kumpulan muzik pula biasanya dijalankan untuk mendapatkan kesefahaman dari aspek tempo dan keseimbangan bunyi diantara setiap ahli dalam kumpulan tersebut. Etika bermaksud amalan-amalan yang baik sebelum, semasa atau selepas latihan muzik. Etika atau amalan yang baik penting diikuti supaya setiap latihan mencapai objektif secara maksimum.
Sebelum Latihan
Setiap ahli kumpulan muzik hendaklah bersedia lebih awal:
a) Bersedia awal beberapa minit sebelum masa yang ditetapkan.
b) Bersedia dengan skor muzik.
c) Membawa bersama alat tulis seperti pensil dan pemadan untuk membuat catatan jika perlu.
d) Pasang dengan betul alat muzik.
e) Buat penyelarasan talaan (tuning) bersama rakan.
f) Penuhkan masa menunggu dengan perkara berfaedah yang sesuai seperti membaca dan sebagainya (yang tidak mengganggu orang lain).
g) Berlatih sendiri bahagian-bahagian yang anda belum mahir dengan perlahan.
Semasa Latihan
Masa latihan adalah masa yang memerlukan tumpuan sepenuhnya setiap ahli kumpulan. Oleh itu setiap ahli perlu:
a) Sentiasa mengikut arahan ketua atau konduktor – terutamanya memula dan menamatkan permainan muzik.
b) Elakkan mencuba memainkan sendiri berulangkali bahagian yang anda kurang mahir sehingga mengganggu latihan. Tiada latihanindividu dalam masa latihan berkumpulan.
c) Jika ada bahagian yang tidak faham, bertanyalah pada masa yang sesuai kepada ketua atau konduktor.
d) Sentiasa perbaiki perkara-perkara yang ditegur oleh ketua, misalnya keseimbangan bunyi, teknik dan sebagainya.
e) Membuat catatan bagi perkara-perkara yang perlu, misalnya tarikh dan waktu latihan akan datang.Begitu juga dengan sebarang pindaan penting pada skor muzik.
Selepas Latihan
Perkara yang perlu dilakukan selepas latihan ialah:
a) Memastikan semua alatan muzik, music stand dan lain-lain disimpan dengan baik ditempat sepatutnya.
b) Bersihkan alat muzik mengikut cara yang telah ditetapkan. Membiarkan alat muzik yang kotor selepas digunakan boleh menyebabkankerosakan kepada alat muzik berkenaan.
c) Menghormati ketua dan rakan-rakan adalah satu amalan yang baik. Berilah ucapan yang sesuai.

Sumber: Mastor Hj. Jarkaseh, Asas Pendidikan Muzik 1, KBSM,

KASTANET

2 Komen

TEKNIK BERMAIN KASTANET

1) Letak kastanet di atas tapak tangan kiri.

2) Getah kastanet disarungkan pada jari tengah.

3) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan ( satu atau dua jari)

SUMBER: Ling Siew Ching (2006)Pendidikan Muzik Tahun 3 KBSR.Petaling Jaya.Sasbadi.

LOCENG

Tinggalkan komen

TEKNIK BERMAIN LOCENG

  1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
  2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan.
  3. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.

KAYU TIK-TOK

Tinggalkan komen

TEKNIK BERMAIN KAYU TIK-TOK

  1. Kayu tik-tok dimainkan dengan tangan kiri memegang alat tersebut pada paras yang selesa dan tangan kanan membuat ketukan dengan alat pemalu khas.
  2. Ketukan dibuat pada kedua-dua bahagian atas bongkah kayu secara bergilir.
  3. Ketukan yang dibuat juga perlu dikawal dari segi kekuatan mengetuknya yang sederhana sahaja.
  4. Jarak antara pengetuk dengan bongkah kayu tersebut perlulah dekat dan tidak terlalu jauh antara satu sama lain.
  5. Tangan kanan tidak perlu dihayun semasa membuat paluan. memadai dengan pergerakan pergelangan tangan sahaja.

Sumber Rujukan: Umran Samsudin(2007).HBMS1203 Pengajaran Muzik 1 Sekolah Rendah.Kuala Lumpur:OUM

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.