Utama

Permainan Alat Muzik

FALSAFAH & PRINSIP CARL ORFF.

Orff pernah berkata “ Experience first, then intellectualize” yang bermaksud kanak-kanak harus dibenarkan untuk mengalami dunia muzikal sebelum mereka diajar tentang elemen-elemen muzikal dalam bentuk notasi. Orff percaya bahawa kanak-kanak harus mengalami pergerakan dan irama muzik sebelum mereka disuruh untuk memahaminya secara teori. Falsafah asas Orff adalah kepercayaan bahawa kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu melalui pembelajaran yang aktif dimana imitasi dan explorasi membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengimprovisasi dan akhirnya mampu mambaca dan menulis notasi yang dikenali sebagai literasi muzik.

Orff percaya bahawa irama adalah elemen muzik yang paling penting. Irama diajar dahulu sebelum elemen-elemen muzik yang lain. Apabila Orff merujuk kepada elemental music , beliau merujuk kepada muzik yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan yang khusus. Orff percaya bahawa transisi daripada percakapan kepada aktiviti berirama dan kemudian kepada nyanyian adalah transisi pembelajaran yang paling natural untuk kanak-kanak. Pendekatan Orff yang mengikut transisi ini juga digunakan setelah seorang kanak-kanak telah memperkembangkan kemahiran untuk bermain alat muzik.

EMPAT KOMPONEN UTAMA PEMBELAJARAN ORFF.

1)      EKSPLORASI

Proses Eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi tiga aspek iaitu:

a)      EKSPLORASI RUANG – Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya. Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati.

b)      EKSPLORASI BUNYI-  Explorasi bunyi bermula dengan penerokaan bunyi-bunyi di sekeliling kanak-kanak. Contohnya, bunyi kenderaan. Kemudian explorasi bunyi berkembang kepada tahap bunyi teratur seperti, corak irama dalam drum, bunyi kayu yang diketuk, bunyi ketukan pada ritma yang sama dan sebagainya. Dalam explorasi bunyi pada tahap ini, kanak-kanak digalakkan untuk bermain dan menerokai jenis-jenis bunyi dan kualiti setiap bunyi. Mereka diajar untuk mengenali bunyi yang kuat atau keras, bunyi yang lembut, bunyi kayu, bunyi logam dan bunyi detar. Alat-alat yang digunakan tidak semestinya menggunakan alat muzik yang khusus malah boleh menggunakan senduk dan periuk, tin kosong dan sebagainya.

c)      EKSPLORASI BENTUK-  Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-corak ini kemudian dijadikan tarian. Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk. Setiap bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya. Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi. Sebagai contoh simbol batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.

2)       IMITASI

Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar atau dilihat. Menurut Orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak. Guru dalam kelas Orff memainkan peranan penting sebagai ‘ Role Model’ kepada murid-muridnya. Guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.

3)      LITERASI

Literasi adalah tahap dimana kanak-kanak diajar untuk membaca skor muzik. Menurut Orff, sebagaimana kanak-kanak hanya belajar untuk membaca selepas mereka belajar untuk bercakap, mereka juga haruslah menghayati dan mempunyai pengalaman bunyi-bunyi muzikal dahulu sebelum mereka diajar untuk membaca skor dan not-not muzik. Proses membaca dan menulis notasi muzik dalam pendekatan Orff tidak diajar secara sistematik. Setiap kelas notasi harus berlaku mengikut kemampuan pelajar dan bukannya usia mereka. Menurut Orff pembelajaran notasi hanya harus berlaku setelah kanak-kanak tersebut telah melalui proses explorasi dan imitasi selama beberapa tahun. Ini akan memberikan pelajar tersebut pengalaman yang asas tentang bunyi, bentuk, irama dan melodi muzik tanpa mempelajarinya secara teori.

4)       IMPROVISASI

Improvisasi adalah matlamat utama dalam Pendekatan Orff, kerana ia memainkan peranan yang amat penting kearah mencipta pembangunan muzikal yang menyeluruh dalam seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, improvisasi adalah kemahiran muzikal yang amat penting kerana ia dapat memperkembangkan daya muzikal dan kreativiti dalam seseorang murid. Improvisasi juga menunjukkan tahap pemahaman muzikal seseorang kanak-kanak. Menurut Orff, proses improvisasi boleh berlaku dalam peringat permulaan seseorang kanak-kanak diperkenalkan kepada alam muzikal seperti bunyi, ritma dan sebagainya. Mereka harus diajar untuk membuat corak-corak improvisasi yang mudah untuk memperkembangkan daya imaginasi mereka.

APLIKASI PENDEKATAN CARL ORFF DALAM BILIK DARJAH

1) Sebutan Berirama.

Sebutan berirama dalam pendekatan Orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik. Orff menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama. Menurut Orff, suku kata-suku kata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk mempelajari irama dan detik.

2) Alat muzik yang paling utama adalah badan dan suara.

Keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama. Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan, menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut Orff badan harus digunakan sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal pembelajaran mereka.

3) Alat Perkusi Orff.

Alat-alat perkusi seperti Glockenspiel, Xylophone dan Drum merupakan alat muzik yang kedua paling utama dalam pendekatan Orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering digunakan ialah Metallophone, Glockenspiel dan Xylophone. Alat-alat perkusi dalam pendekatan Orff mempunyai warna ton yang berbeza. Setiap alat muzik ini mempunyai bar-bar yang boleh dikeluarkan (removeable). Kebarangkalian untuk kanak-kanak bermain not yang salah adalah minima. Maka untuk setiap lagu, guru boleh mengeluarkan not-not yang tidak terdapat dalam skel lagu tersebut. Kaedah ini dapat mengelakkan kanak-kanak daripada memainkan not yang salah. Dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk bermain perkusi.

4) Memainkan Alat Perkusi Secara Ostinato.

Mengiringi Nyanyian Ostinato adalah suatu motif, frasa melodi atau frasa irama yang dimainkan secara berterusan. Tujuan utama ostinato melodi ialah untuk dimainkan bersama dengan melodi yang lain untuk menghasilkan harmoni. Corak ostinato ini boleh digunakan untuk mengiringi kebanyakkan lagu mudah yang mempunyai meter 4/4.

5) Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi .

Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan. Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka. Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain improvisasi.

 

SUMBER: http://www.slideshare.net/Awangkelabu/metodologi-muzik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: