Utama

Muzik dan Gerakan

Teori Gerakan Emile Jaques-Dalcroze

“Dalcroze Eurhythmic” adalah pendekatan muzik berasaskan prinsip bahawa ritma adalah elemen utama dalam muzik.Komponen asas Dalcroze ialah:

1.        Euritmik

2.        solfege

3.        Improvisasi

Berdasarkan teori Emile Jaques-Dalcroze (Lois Choksky,1986) pergerakan dalam pendidikan muzik memperkukuhkan pengetahuan dalam konsep dan elemen muzik melaljui proses penerokaan, eksperimentasi, penemuan terpimpin, penyelesaian masalah, improvisasi serta penilaian. Kaedah pengajaran Dalcroze digunakan dengan meluas bermula dengan kanak-kanak berumur 1- 3 tahun, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, university dan orang dewasa. Ia boleh dilaksanakan dalam mata pelajaran lain seperti bahasa, pendidikan jasmani dan seumpamanya.

Kaedah Dalcroze merupakan  suatu pergerakan kreatif yang mengambil kira keinginan-keinginan asas kanak-kanak. Daucer dan Pangrazi telah mengenalpasti 9 keinginan kanak-kanak:

”        Untuk bergerak

”        Berjaya dan diperkenalkan

”        Diterima oleh kelompok sebaya dan masyarakat

”        Untuk bersaing

”        Memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik

”        Untuk mengembara

”        Memperoleh kepuasan kreativiti

”        Melahirkan perasasan melalui pergerakan berirama

”        Untuk mengetahui

Haward Gardner telah memasukkan eurhythmic (pendekatan Dalctroze) ke dalam teorinya iaitu “Theory of multiple interlligences”. Bodily-kinesthetic dan muzikal adalah 2 dari 7 “theory of multiple interllegences” dalan teori Gardner. Oleh itu muzik dengan gerakan adalah elemen penting bagi perkembangan mental, pembesaran kanak-kanak dan juga prosos asas pembelajaran peringkat awal kanak-kanak.

Dalcroze mendapati pelajarnya tidak dapat mendengar harmoni yang ditulisnya kerana tidak menguasai dan memahami apa yang ditulis. Ini disebabkan mereka tidak berupaya mendengar harmoni tersebut di dalam minda tanpa alat muzik. Beliau berusaha untuk membolehkan pelajarnya menguasai bunyi di dalam minda bukan dari alat muzik.Berbagai usaha dan cara dilakukan. Beliau berpendapat mengetahui muzik tidak cukup tetapi memahami muzik adalah teras pembelajaran untuk menghasilkan bunyi yang indah.

Euritmik (eurhythmic)

Ialah pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan dengan iringan muzik atau tanpa muzik.Tubuh badan menjadi seperti alat muzik utama. Asas utama kepada seni muzik ialah emosi manusia. Melatih minda, telinga atau suara tidak mencukupi. Seluruh tubuh badan manusia perlu dilatih sebab ia mengandungi  bahan-bahan penting yang boleh meningkatkan perasaan halus (sensibility), kepekaan (sensitivity) serta kebolehan menganalisis bunyi, muzik dan perasaan.Idea muzik boleh diterjemahkan melalui pergerakan badan seterusnya ditukar kepada sumber muzik.

Euritmik memerlukan keupayaan mempamirkan interpretasi individu yang melibatkan imaginasi, emosi serta tindak balas badan yang disepadukan dengan bentuk bunyi, gerak isyarat lisan seperti puisi, ayat atau sajak atau vocal seperti nyanyian atau muzik instrumental (muzik tanpa nyanyian).

Euritmik memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh.Ia melibatkan penyatuan minda anggota badan serta emosi secara total dimana individu perlu:

”        Mendengar

”        Merasai

”        Berimaginasi

”        Mengintrepetasi bunyi

”        Bertindak/respon/bergerak

”        Membayangkan maksudnya secara luaran

Antara yang boleh diinterpetasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan konsep/unsur muzik seperti irama, detik, tekanan, sinkopasi perbezaan pic, dinamik, tempo dan seumpamanya. Keupayaan menyusun atur unsur di atas dengan terurus boleh menghasilkan satu bentuk kreografi.

Solfa (solfage)

Dalam pendekatan Dalcroze ialah latihan pendengaran. Ia boleh mempertingkatkan kesedaran pic dan perbezaan kualiti ton (tone quality). Pendengaran dalaman (inner-hearing) dapat mempertingkatkan daya ingatan. Pendengaran dalaman ialah keupayaan membunyikan sesebuah lagu hanya melihat pada skor lagu tanpa bantuan alat muzik. Lagu seperti yang tertulis pada skor seolah-olah sedang berbunyi di dalam minda seseorang.

Improvisasi (improvision)

Dalcroze dan pelajarnya mengimprovisasikan pergerakan dengan gaya , postur dan gerak isyarat tangan untuk menunjukkan kepantasan, jarak panjang, dinamik, tekanan dan elemen yang mengeluarkan ritma ( ritma dan irama adalah terjemahan daripada rhythm). Pergerakan yang dimaksudkan oleh Dalcroze adalah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang dewasa tanpa memerlukan latihan.

 

SUMBER: http://pgsrmuzik08iptho.net/dalcroze.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: