Utama

Nyanyian

FALSAFAH DAN KONSEP KODALY

1)      Muzik adalah kepunyaan manusia.

Muzik perlu diajar dan dipelajari oleh semua lapisan masyarakat untuk menghasilkan rakyat yang berilmu dalam bidang muzik. Pendidikan muzik membolehkan bakat muzik seseorang kanak-kanak berkembang. Selain itu, aspek pendengaran, intelek, emosi, fizikal, dan kebudayaan turut berkembang.

2)       Nyanyian adalah asas kemahiran muzik.

Suara adalah alat semula jadi yang berkesan. Oleh itu, manusia yang dikurniakan suara perlu mempunyai pengalaman muzik pertama bermula dengan nyanyian. “ If I were to try express the essence of this education in one word, that word would he singing” Zoltan Kodaly.

3)      Muzik rakyat sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

Nyanyian merupakan asas kemahiran muzik. Bahan yang penting dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah muzik/lagu rakyat seperti Dikir Barat. Setelah tumpuan diberi kepada bahan sendiri, barulah bahan dari luar negara diperkenalkan. Kanak-kanak digalakkan menyanyi lagu-lagu dari luar negara dalam bahasa asalnya supaya mereka dapat mempelajari bahasa asing.

4)      Alat muzik tidak perlu digunakan.

Sesebuah lagu diperkenalkan dengan menyanyikan dahulu. Bagi kanak-kanak, mereka belajar menyanyi peringkat demi peringkat. Mereka hanya perlu nyanyi dengan iringan muzik sahaja. Penguasaan menyanyikan solfa adalah diutamakan.

5)      Pembelajaran muzik perlu berlaku di awal persekolahan (tadika/ prasekolah).

Kanak-kanak mudah menerima dan mudah terpengaruh. Mereka perlu dibimbing dan belajar muzik awal di awal peringkat persekolahan supaya tidak terdedah kepada muzik yang tidak bermutu. Menyanyi dan menggerakkan tubuh badan dapat memperkembangkan mental dan fizikal kanak-kanak.

6)      Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.

Muzik dapat memperkembangkan JERIS. Mengikut kajian yang dibuat oleh The San Jose Unified School District Project di AS, tahap pencapaian murid yang mempunyai muzik sebagai mata pelajaran utama lebih baik daripada sekolah yang meluangkan masa sedikit untuk mata pelajaran muzik.

KONSEP MUZIK.

1)      IRAMA

Merangkumi faktor detik,meter, tekanan, tempoh masa ( duration ) dan tempo. Irama terbentuk daripada susunan bunyi.

2)      MELODI

Adalah turutan pic yang disusun samada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membentuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not berubah.

3)      HARMONI

Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kauter melodi yang terlibat daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.

4)      WARNA TON.

Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : i) Dram bes – bunyi berat ii) Kastanet – bunyi ringan

5)      EKSPRESI

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

6)      MUD

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan. Mud lazimnya dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan sebagainya.

7)      DINAMIK

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( > ) dan beransur kuat ( < )

8)      TEKSTUR

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

Sumber Rujukan http://www.wikipedia.org/

http://www.kodaly.org.au/ http://www.kodaly-inst.hu/

http://www.emeory.edu/music/arnold/kodaly_context.html

http://www.slideshare.net/syazayasmin/zoltan-kodaly

Khalijah Mohamed. (1995). Pedagogi Muzik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: