Utama

Tugasan 2-Pembinaan Blog

PEMBINAAN  BLOG WORDPRESS : GIKGU IDA- Dunia Muzik Kanak-Kanak
https://cikguida.wordpress.com

PENDAHULUAN.
KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan WEB merupakan salah satu kursus pilihan yang ditawarkan di dalam program Ijazah Sarjana Pendidikan UPSI. Kursus ini bertujuan membincang isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web dengan mengkaji impak teori pembelajaran, aplikasi reka bentuk instruksional dan teknologi, merancang pembangunan, mengintegrasi dalam pembelajaran, menilai produk dan kesan berasaskan kajian penggunaan teknologi elektronik dan web dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu satu blog telah dihasilkan menggunakan laman wordpress.com. Blog yang dibina bertemakan Dunia Muzik Kanak-Kanak. Blog ini berkonsepkan pembelajaran muzik secara maya atau e-pembelajaran di mana semua pelajar atau individu lain boleh mendapatkan maklumat dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman tentang pendidikan muzik semasa khususnya dalam mata pelajaran pendidikan muzik (KBSR) di sekolah rendah yang sekarang ini dikenali sebagai Dunia Muzik (KSSR).

Penghasilan blog ini juga diharap dapat menjadi salah satu langkah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial serta menyediakan pelajar celik IT yang mampu bersaing dalam dunia tanpa sempadan ini. Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, pendidik muzik dan pelajar tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.

TEMA DAN KONSEP BLOG.
Blog ini bertemakan Dunia Muzik Kanak-Kanak iaitu satu laman yang dimuatkan dengan maklumat, video dan latihan-latihan interaktif berkaitan pendidikan muzik dalam dunia kanak-kanak khususnya bagi pendidikan muzik di sekolah rendah. Perkataan Dunia Muzik dipilih berdasarkan mata pelajaran Dunia Muzik dalam KSSR yang mula dilaksankan pada tahun 2011 bagi menggantikan Pendidikan Muzik dalam KBSR.

Blog ini berkonsepkan pendidikan muzik secara maya atau e-pembelajaran iaitu pembelajaran muzik yang boleh diikuti oleh pelajar secara on-line menggunakan komputer dan internet. Pelajar boleh mengakses nota, latihan atau pun menyanyi secara karaoke dengan hanya menekan butang klik pada menu yang disediakan. Selain daripada pelajar, pendidik muzik atau guru muzik sama ada yang beropsyen muzik atau guru bukan opsyen muzik membuat rujukan serta berkongsi idea dan pengalaman tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah. Semua bahan yang dimuat naik pada laman blog ini boleh dimuat turun oleh pelajar atau pengunjung lain secara percuma dan mudah.

KEISTIMEWAAN BLOG CIKGU IDA DUNIA MUZIK KANAK-KANAK.

Blog ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana pengunjung dapat melihat dengan jelas tema yang hendak disampaikan kepada pengunjung melalui paparan bannner yang menarik dan ceria. Selain daripada itu juga, blog ini dibina dan dibangunkan dengan pelbagai menu halaman bermanfaat seperti:

  • Halaman Bahan Guru.

Halaman ini mengandungi pautan artikel-artikel dan jurnal-jurnal pendidikan muzik yang boleh menjadi rujukan kepada guru muzik khususnya yang sedang mengambung pelajaran di peringkat ijazah pertama dan ijazah ke dua.

  • Halaman Jom Karaoke.

Melalui halaman ini pelajar boleh menyanyi secara karaoke dengan menekan butang klik pada tajuk lagu. Video lagu-lagu KSSR tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 yang mengandungi lirik lengkap disediakan pada halaman ini. Video lagu-lagu tersebut dibina dan dibangunkan khas oleh pemilik blog untuk paparan dan kegunaan pengunjung blog Cikgu Ida Dunia Muzik Kanak-Kanak ini. Walau bagaimanapun, tidak semua video lagu-lagu tersebut dapat dimuat naik kerana masih ada lagi video lagu-lagu yang sedang dalam proses pembinaan.

  • Halaman KSSR Dunia Muzik

Halaman ini dimuatkan dengan bahan pengajaran dan pembelajaran KSSR seperti dokumen standard kurikulum, dokumen standard prestasi dan buku panduan pengajaran dunia muzik tahun 1, 2 dan 3 yang boleh dimuat turun secara percuma.

  • Halaman Teori Muzik.

Halaman ini adalah bertujuan memberi pengetahuan kepada pelajar, guru muzik dan pengunjung blog tentang teori-teori, falsafah dan kaedah yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah seperti nyanyian, muzik gerakan dan permainan alat muzik . Selain daripada itu juga, penulis blog telah menyediakan nota-nota berkaitan topik-topik yang dibincangkan.

  • Halaman Koleksi Latihan.

Sebagai satu wadah pembelajaran secara maya atau e-pembelajaran, blog ini telah menyediakan dua kategori koleksi latihan yang boleh dijawab oleh pelajar atau digunakan oleh guru muzik sebagai latihan di dalam bilik darjah.

1.Jawab dan semak.

Latihan jenis ini dibina menggunakan ms-excel di mana pelajar boleh menjawab terus soalan yang dikemukakan oleh guru. Markah akan tertera secara automatik apabila pelajar selesai menjawab kesemua soalan. Fail soalan ini boleh disimpan di dalam komputer pelajar atau dicetak.

2. Lembaran kerja.

Latihan jenis ini tidak boleh dijawab secara on-line kerana ianya bukan soalan berbentuk interaktif. Lembaran kerja yang disediakan hanya boleh dimuat turun dan dicetak sebelum diedarka kepada pelajar.

  • Pautan Blog Mata Pelajaran.

Penulis blog telah menyediakanpautan ke beberapa blog mata pelajaran yang dibina dan dibangunkan oleh guru-guru lain seperti blog Pendidikan Agama Islam (blog Azi Hadi), blog matematik (blog Cikgu Khairi), blog Bahasa Malaysia (blog Cikgu Yati) dan blog PSS ( Pusat Sumber SK LKTP Krau 1).

  • Ruangan Intai-Intai .

Mengandungi kiriman berita terkini tentang nota pelajaran pendidikan muzik. Penulis akan menghantar nota-nota terkini melalui Ruangan Intai-Intai ini pelajar dapat merujuk dan membaca nota-nota pelajaran yang mereka perlukan sebagai bahan bacaan tambahan pelajaran muzik.

HALANGAN SEMASA PEMBINAAN BLOG.

Membina dan membangunkan sesebuah blog bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya memerlukan pengetahuan serta kemahiran tentang komputer dan internet. Seseorang blogger perlu menghabiskan masa yang banyak untuk menghasilkan dan membangunkan sebuah blog yang menarik dan berkualiti. Penulis blog ini telah menghadapi masalah pada awal pembinaan kerana kekurangan pengetahuan tentang penggunaan aplikasi wiget dalam wordpress.

Sebelum ini, penulis telah mempunyai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran menghasilkan blog menggunakan laman blogspot tetapi aplikasi wiget dalam blog wordpress mempunyai sedikit kelainan. Walaubagaimanapun, dengan bantuan pensyarah dan tutorial di laman youtube.com, blog wordpress ini telah dapat dibina dan dibangunkan dengan jayanya. Penulis juga telah mengalami proses e-pembelajaran semasa membina dan membangunkan blog ini melalui tutorial di laman youtube.com tersebut.

KESIMPULAN.

Dalam zaman kepesatan penggunaan komputer dan iternet dalam kehidupan manusia pada hari ini, kita tidak boleh lari dari mengikuti perkembangan tersebut. Jika tidak, kita akan ketinggalan dalam dunia tanpa sempadan ini. Penggunaan internet sebagai medan pembelajaran dan komunikasi sejagat dapat membantu pelajar dan guru memperbaiki proses keberlangsungan pengajaran dan pembelajaran seharian. Dengan adanya laman sosial seperti facebook dan twitter, penduduk di seluruh dunia tidak kita kecil, besar, tua atau muda dapat berhubung dengan mudah. Namun dalam dunia pendidikan pula, blog memainkan peranan yang penting bagi menjayakan proses e-pembelajaran antara guru dan pelajar tanpa perlu bersemuka. Pelajar boeh mengakses laman blog guru dan mendapatkan maklumat tentang pelbagai bahan pembelajaran yang diperlukan tanpa sebarang bayaran kepada penulis blog.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: